Selamat datang
Di dalam laman web ini, anda akan dapat informasi tentang glaukoma seperti siapa yang berisiko, apakah tanda-tanda penyakit, dan bagaimana glaukoma dapat dirawat?
Anda akan belajar apakah pemeriksaan yang digunakan untuk menentukan kehadiran penyakit glaukoma dan rawatan tindakan lanjut, bagaimana mendapatkan maklumat berguna mengenai cara terbaik untuk melakukan pemeriksaan itu dan berapa kerap ia perlu diulang. Terdapat juga beberapa pertimbangan mengenai glaukoma dan keupayaan memandu, rawatan penyakit ini semasa kehamilan, dan jika pesakit glaukoma dapat menjalani prosidur refraktif mata seperti LASIK. Akhirnya, akan ada nasihat mengenai cara untuk menjalani kehidupan dengan penyakit ini dan bagaimana saudara-mara dapat membantu pesakit glaukoma.
Laman web ini dibawa kepada anda melalui Persatuan Glaukoma Sedunia (World Glaucoma Association). Tujuan kami adalah untuk menawarkan maklumat mengenai glaukoma, menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dalam platform yang mesra pengguna. Kami sangat berharap anda akan mendapat maklumat berguna mengenai glaukoma di sini.