Bagaimanakah cara penggunaan ubat titis mata?

  1. Basuh tangan anda.
  2. Buka botol dan pegang dengan satu tangan, donggakkan kepala anda dan pandang ke atas.
  3. Dengan menggunakan jari telunjuk tangan yang lagi satu, perlahan-lahan tarik kelopak mata anda ke bawah untuk membentuk poket di kelopak mata.
  4. Titiskan 1 titisan ke dalam poket mata tersebut.
  5. Pastikan hujung botol tidak menyentuh mata anda, jari anda atau permukaan lain
  6. Pengaliran ubat yang berlebihan perlu dihalang dengan tisu kerana sesetengah ubat boleh membahayakan kulit di sekeliling mata.
  7. Bagi mengurangkan penyerapan ubat ke dalam salur darah dan memaksimumkan jumlah ubat yang diserap di mata – tutup mata anda selama 1 minit selepas titisan diletakkan, jangan tutup mata terlalu kuat, dan tekan sudut antara hidung dan kelopak mata anda dengan lembut menggunakan jari telunjuk anda untuk menutup salur air mata yang mengalir ke hidung. Ini juga berfungsi untuk mengurangkan kesan sampingan ubat mata itu.

Peringatan:

  • Jika anda menggunakan lebih dari satu jenis ubat titis mata, sila tunggu sekurang-kurangnya 5 minit sebelum meletakkan titisan dari ubat kedua.
  • Sekiranya anda tidak pasti jika ubat titis mata memasuki mata atau tidak, titiskan sekali lagi. Amat penting untuk memastikan bahawa ubat titis mata masuk ke dalam kelopak mata.

Sekiranya anda mahu, anda boleh menitiskan ubat mata pada posisi duduk atau berbaring di atas katil anda, atau jika anda tidak dapat melaksanakan tugas ini sendiri, anda boleh meminta seseorang menolong anda. Anda juga boleh bertanya kepada doktor anda tentang perlalatan khas yang dapat membantu anda menitiskan ubat ke dalam mata.

Lab Buddy

Vid. 1. Bagaimana untuk menitiskan ubat mata.


Bagaimanakah cara penggunaan ubat titis mata? Fig. 1

Fig. 1. Cara menutup saluran air mata - Tekankan jari anda di bahagian antara mata dan hidung untuk menutup sementara sistem saluran air mata dan bantu mengurangkan titisan ubat anti-glaukoma daripada memasuki hidung / kerongkong dan masuk ke dalam saluran darah (sistem saluran air mata yang terletak di bawah kulit yang bertanda warna merah).


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org