Kerosakan saraf mata Glaukoma

Penyakit glaucoma menyebabkan kerosakan kepada saraf mata. Sebahagian daripada saraf mata boleh dinilai semasa pemeriksaan mata, di mana ia dapat dilihat sebagai struktur bulat (cakera optik). Bahagian berwarna merah jambu atau kemerahan mewakili tisu saraf yang membawa maklumat visual ke otak. Bahagian tengah putih mewakili kawasan yang tiada tisu saraf, dan ia dipanggil “cawan” atau ‘cup’. Bahagian putih atau ‘cawan’ yang kecil adalah normal, tetapi ‘cawan’ yang dalam, atau peningkatan saiz ‘cawan’ dalam masa beberapa bulan atau tahun, membawa bersamanya tanda-tanda penyakit glaukoma. Terdapat beberapa saluran darah yang muncul dari cakera optik untuk membekal darah kepada retina.

Glaukoma menyebabkan kehilangan tisu saraf yang kemerahan dan pembesaran bahagian putih ‘cawan’ yang mewakili ketiadaan tisu saraf.


Vid. 1. Animasi proses sebenar kerosakan optik glaukoma


Kerosakan saraf mata Glaukoma Fig. 1

Fig. 1. Cakera Optik Biasa: Cakera optik normal menunjukkan penampilan yang sihat dan ketebalan tisu saraf (bahagian kemerahan), dengan cawan yang kecil (bahagian tengah keputihan).


Kerosakan saraf mata Glaukoma Fig. 2

Fig. 2. Cakera Optik Glaukoma: Kehilangan tisu saraf kemerahan dan peningkatan saiz keputihan cakera optik -


Kerosakan saraf mata Glaukoma Fig. 3

Fig. 3. Cakera optik glaukoma tahap kritikal: Dalam glaukoma tahap kritikal, hampir tiada tisu kemerahan yang tinggal dan ‘cawan’ memenuhi kawasan cakera optic dapat dilihat.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org